Wednesday, January 6, 2010

MALAYSIA NEGARA ISLAM

Arab Saudi menganggap Malaysia sebagai model negara Islam progresif yang wajar dicontohi oleh negara-negara membangun lain. Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini mengenai lawatan dua hari Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ke Arab Saudi, menjelaskan bahawa kerajaan Saudi menyatakan puas hati terhadap hubungan bilateral yang wujud sekarang antara kedua-dua negara dan komited untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dalam bidang lain. Semalam, Anifah mengunjungi Menteri Kewangan Arab Saudi Ibrahim Abdul-Aziz al-Assaf, Menteri Luar Putera Saud al-Faisal Abdulaziz, dan Timbalan Perdana Menteri Kedua Putera Nayef Abdulaziz al-Saud. Pada pertemuan dengan Putera Saud, isu Palestin dan perkembangan politik dan keselamatan di rantau berkenaan baru-baru ini yang memberi kesan kepada Arab Saudi dan negara-negara Islam menjadi topik utama dibincangkan.


Bumi Lahirnya Islam Pun, Tidak Mengenal Hakikat Sebenar Sebuah Negara Islam

Pelik tetapi benar apabila kita melihat bagaimana para pemimpin sekular Arab Saudi memuji dan melabelkan Malaysia sebagai contoh sebuah negara Islam yang progresif. Apakah cukup dengan melihat pembangunan yang bersifat material maka Malaysia dianggap sebagai model negara Islam progresif yang wajar dicontohi oleh negara-negara membangun lain termasuk Arab Saudi? Hebat sungguh Malaysia! Apakah benar Malaysia sebuah negara yang cukup hebat sehinggakan negara kelahiran Islam seperti Arab Saudi wajar mencontohi Malaysia sebagai sebuah ‘negara Islam progresif’?

Di manakah letaknya kehebatan Malaysia itu? Persoalan yang kita boleh lontarkan ialah, apakah standard yang digunakan untuk mengukur Malaysia sebagai sebuah negara Islam progresif? Apakah ia berasaskan syara’ ataupun aqal dan hawa nafsu semata-mata? Jika hanya dengan melihat realiti dan fakta yang ada saat ini, gelaran yang diberikan kepada Malaysia itu bolehlah diibaratkan seperti orang buta yang mendeskripsi bentuk seekor gajah dengan hanya meraba bahagian ekornya. Jika kemajuan material-lah yang dijadikan sandaran bagi sifat progresif ‘negara Islam’ Malaysia, mungkin pihak Arab Saudi harus juga mengambil kira kilang arak Carlsberg dan Guinness Stout, Pusat Judi Genting Highlands, rumah-rumah pelacuran yang bersepah di Bukit Bintang, bank-bank riba yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan 1001 macam perkara maksiat yang bersepah di sana sini.

Hakikatnya amat malang sekali bagi umat Islam hari ini apabila mereka yang berada di negara tempat lahirnya Islam itu sendiri sudah tidak mengenali dan tidak peduli langsung dengan sistem pemerintahan dan negara yang pernah didirikan oleh Rasulullah SAW. Kebodohan ini tidak lain adalah hasil dari acuan peninggalan sekular. Amat buruk buruk sekali cara berfikir golongan ini.

No comments:

Post a Comment

Surah al Mulk.

om