Wednesday, January 6, 2010

Pandai tetapi bodoh...

Di dalam kecerdikan dan kepandaian ada kebodohan
Yang tidak sepatut ada dan sangat ketara pula
Di masa ilmu banyak, ada imu yang lebih banyak tidak ada pada manusia
Ertinya manusia ini telah menjadi bodoh di dalam kepandaian
Maksudnya ciptaan Tuhan boleh diketahui oleh manusia
Pencipta ciptaan itu tidak diketahui
Iaitu Tuhan yang Maha Esa
Ini adalah aneh sekali
Bahan-bahan yang ada di dunia
Sama ada yang lahir mahupun yang tersembunyi dapat diketahui
Malang sekali pencipta bahan tidak ada yang ingin mengetahui
Manusia kagum dengan ciptaan Tuhan, tapi tidak kagum dengan Tuhan
Seperti kagum dengan sebuah kereta, tapi tidak kagum dengan perekanya
Manusia terpesona dan mabuk dengan ciptaan Tuhan
Tapi tidak terpesona dan mabuk dengan Tuhan
Pakar-pakar ciptaan Tuhan inilah yang dianggap ilmuannya
Dibagi ijazah dan degree serta berbagai-bagai gelaran
Dikagumi dan dihormati
Padahal mereka ini jahil terhadap Tuhan dan ilmu ketuhanan
Pada kita mereka inilah cerdik pandai yang bodoh
Ciptaan Tuhan diketahui, Tuhan Pencipta tidak diketahui
Cerdik tidak memberi erti apa-apa mengikut Islam
Kerana cerdiknya pada perkara yang tidak utama
Tapi yang dia bodoh pada perkara yang utama
Apalah yang hendak dikagumkan
Pakar pada perkara yang dapat disentuh dan dirasa
Tapi jahil perkara yang tidak dapat disentuh dan dirasa
Iaitu Tuhan yang Maha Esa
Itu bukanlah pandai yang luar biasa
Itu manusia biasa, yang tidak ada apa-apa istimewanya.

No comments:

Post a Comment

Surah al Mulk.

om