Wednesday, January 6, 2010

70 Dosa-Dosa Besar

01 - Belajar ilmu dan sembunyikan pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 - Bersumpah palsu
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (Hubungan Sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki

Mamak dapat anak

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak : Saya bini juga surat India mari.
Ali : Apa dia cakap? Tentu good news….
Mamak : Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayoooo…. saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.

Ali :kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…

Aurat Wanita

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

JUARA RAKYAT

Hendak menjadi juara di hati rakyat? Bagaimana jika rakyat menginkan perkara-perkara yang berbau maksiat? Misalnya, rakyat menginkan kilang arak agar diperbesarkan, dan jualannya juga diperluas. Adakah PEMERINTAH akan menuruti permintaan tersebut demi menambat hati rakyat? Atau bagaimana jika rakyat menginginkan pelbagai perkara maksiat lainnya, lalu dipenuhi oleh pemerintah ? Dahsyat bukan? Kemaksiatan bakal bermaharajalela, dan masyarakat akan semakin jauh dari rahmat Allah SWT.




Memang beginilah lumrah yang terjadi di kalangan para pemimpin di kalangan umat Islam yang berfikir dalam kerangka idealisma sekular. Dan tidak jarang ini berlaku kepada para ahli politik yang kononnya memperjuangkan Islam. Ini bukanlah perkara yang retorik dan tidak berpijak kepada fakta. Ini kerana, sesebuah parti politik yang berjuang di dalam Sistem Demokrasi akan bertungkus lumus secara bersungguh-sungguh agar hati rakyat ditawan (walau pada hakikatnya banyak kehendak rakyat yang tidak dipenuhi), dan seterusnya memilih dan mengundi mereka di dalam pilihanraya, yang akan menjadikan mereka berkuasa di dalam sistem pemerintahan. Tidak kira dengan jalan apa pun, segala cara dan taktik akan digunakan dengan semaksima mungkin untuk mencapai tujuan ini. Di sisi lain, mereka akan cuba memburuk-burukkan parti lawan, agar pengaruh lawan berkurang, sekaligus kemenangan akan berpihak kepada mereka. Parti sekular dengan semangat asabiyyahnya, parti Islam dengan penggadaian maruahnya. Inilah yang berlaku di seluruh dunia, saban hari dan saban tahun. Sampai bilakah rakyat umumnya, dan umat Islam khususnya akan dipertontonkan dengan pertelingkahan, perebutan kuasa dan penggadaian agama Islam yang suci ini?




Jika kita telusuri sirah Rasulullah SAW, baginda tidak pernah cuba untuk menjadi juara di atas kehendak masyarakat ketika itu, baik ketika sebelum berdirinya Negara Islam (di Makkah), atau setelah berdirinya Negara Islam (di Madinah). Majoriti masyarakat Makkah menolak Islam, dan pemuka-pemuka Quraisy menawarkan harta, takhta dan wanita kepada Rasulullah, namun ditolak mentah-mentah oleh Nabi kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam. Begitu juga ketika Saidina Umar dan beberapa orang sahabat lain yang tidak bersetuju dengan Perjanjian Hudaibiyah, kerana menganggap ia berat sebelah, tetapi Rasulullah tetap meneruskan perjanjian tersebut. Hasilnya, syiar Islam semakin berkembang ketika itu. Beginilah sikap yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita sebagai orang-orang yang beriman. Kita harus bersungguh-sungguh menjadi ’Juara Syariat’ dan bukannya ’Juara Rakyat’.




”... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” [TMQ Al-Baqarah (2):216].




Salaam & Regards

Amri el Wahab


Jemput ke laman blog saya di http://hembusan- amal.blogspot. com

Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

MALAYSIA NEGARA ISLAM

Arab Saudi menganggap Malaysia sebagai model negara Islam progresif yang wajar dicontohi oleh negara-negara membangun lain. Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini mengenai lawatan dua hari Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ke Arab Saudi, menjelaskan bahawa kerajaan Saudi menyatakan puas hati terhadap hubungan bilateral yang wujud sekarang antara kedua-dua negara dan komited untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dalam bidang lain. Semalam, Anifah mengunjungi Menteri Kewangan Arab Saudi Ibrahim Abdul-Aziz al-Assaf, Menteri Luar Putera Saud al-Faisal Abdulaziz, dan Timbalan Perdana Menteri Kedua Putera Nayef Abdulaziz al-Saud. Pada pertemuan dengan Putera Saud, isu Palestin dan perkembangan politik dan keselamatan di rantau berkenaan baru-baru ini yang memberi kesan kepada Arab Saudi dan negara-negara Islam menjadi topik utama dibincangkan.


Bumi Lahirnya Islam Pun, Tidak Mengenal Hakikat Sebenar Sebuah Negara Islam

Pelik tetapi benar apabila kita melihat bagaimana para pemimpin sekular Arab Saudi memuji dan melabelkan Malaysia sebagai contoh sebuah negara Islam yang progresif. Apakah cukup dengan melihat pembangunan yang bersifat material maka Malaysia dianggap sebagai model negara Islam progresif yang wajar dicontohi oleh negara-negara membangun lain termasuk Arab Saudi? Hebat sungguh Malaysia! Apakah benar Malaysia sebuah negara yang cukup hebat sehinggakan negara kelahiran Islam seperti Arab Saudi wajar mencontohi Malaysia sebagai sebuah ‘negara Islam progresif’?

Di manakah letaknya kehebatan Malaysia itu? Persoalan yang kita boleh lontarkan ialah, apakah standard yang digunakan untuk mengukur Malaysia sebagai sebuah negara Islam progresif? Apakah ia berasaskan syara’ ataupun aqal dan hawa nafsu semata-mata? Jika hanya dengan melihat realiti dan fakta yang ada saat ini, gelaran yang diberikan kepada Malaysia itu bolehlah diibaratkan seperti orang buta yang mendeskripsi bentuk seekor gajah dengan hanya meraba bahagian ekornya. Jika kemajuan material-lah yang dijadikan sandaran bagi sifat progresif ‘negara Islam’ Malaysia, mungkin pihak Arab Saudi harus juga mengambil kira kilang arak Carlsberg dan Guinness Stout, Pusat Judi Genting Highlands, rumah-rumah pelacuran yang bersepah di Bukit Bintang, bank-bank riba yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan 1001 macam perkara maksiat yang bersepah di sana sini.

Hakikatnya amat malang sekali bagi umat Islam hari ini apabila mereka yang berada di negara tempat lahirnya Islam itu sendiri sudah tidak mengenali dan tidak peduli langsung dengan sistem pemerintahan dan negara yang pernah didirikan oleh Rasulullah SAW. Kebodohan ini tidak lain adalah hasil dari acuan peninggalan sekular. Amat buruk buruk sekali cara berfikir golongan ini.

Cinta Antara Dua Dunia

Kisah ini dipetik daripada novel yang asalnya ditulis oleh Maulana Mophammad Saeed di dalam bahasa Urdu. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahmn Ali Al-Hashimi dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain. Pada kulit buku tersebut ada ditulis ''A NOVEL BASED ON A COMPARATIVE STUDY OF ISLAM AND CHRISTIANITY'' yang pada hakikatnya ia lebih merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan mengenai perbandingan kedua agama tertua itu. Berikut merupakan beberapa petiikan menarik daripada novel tersebut.


Di Bandar Cordova, negeri Sepanyol, terdapat sebuah taman yang amat terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya. Kelihatan seorang gadis Kristian yang dikenali dalam sejarah sebagai Isabella sedang menikmati keindahan taman itu bersama rakan-rakannya. Dia adalan anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya sering digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga. Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya, terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata , "…padahal paderi-paderi Kristian itu….." Isabella dengan kawan-kawannya lantas dengan berhati-hati memasang telinga. Pada waktu itu, kedua orang pemuda itu kerana terlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahawa perbincangan mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis Kristian.

Salah seorang pemuda itu berkata, " Saint Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya bahawa hukum-hukum agama adalah satu kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut. Apakah makna kata-katanya itu , Maaz sahabatku?"

Terdengar ketawa kecil kawannya. " Umar sahabatku, engkau mahu aku menerangkan kepadamu, padahal paderi-paderi Kristian itu sendiri…"

Waktu itulah Isabella mendegar percakapan itu. Salah seorang kawan Isabella menyanpuk dengan nada sinis, " Sejak orang-orang Islam datang ke mari, agama kita diancam bahaya"".

"Diamlah! " herdik Isabella, "Nanti mereka tahu kita ada di sini". Sahabat Isabella terdiam sejurus mendengar kata-kata Isabella. Tiba-tiba terlintas idea dalam kepala Isabella, "Bagaimana kalau kita minta pengakuan bertulis daripada pemuda-pemuda Islam ini, bahawa mereka bersedia untuk bersemuka dengan paderi-paderi kita. Dengan surat itu pula, kita boleh mendesak cendekiawan Kristian untukberhujah dengan orang-orang Islam ini dan memaksa mereka memeluk agama kita."…………..

Surat itu berbunyi : " Maafkan saya. Saya telah mendengar dengan penuh perhatian perbincangan rahsia tuan-tuan itu dan oleh kerana kami juga berminat dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan agama. Saya telah mendengar salah seorang daripada tuan ada mengatakan kepada temannya bahawa jika kami penganut Kristian dapat memberi penjelasan yang memuaskan tentang perhubungan antara hukum-hukum agama dengan kutukan, maka tuan bersedia memeluk agama kami. Tuan juga mahu mencabar kami (orang-orang Kristian) tentang hukum agama dan kutukan. Jadi, sebagai hamba Tuhan Jesus Kristus, kami dengan senang hati menyambut cabaran tuan dengan syarat tuan membuat pengakuan bertulis."
(hamba hina agama Kristian).

Surat itu telah diserahkan oleh sahabat Isabella kepada Umar Lahmi. Agak terperanjat juga Umar kerana tiba-tiba sahaja anak gadis yang tidak dikenali menyerahkan surat itu.….Kemudian suarat itu dibalas oleh Umar …

" Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah nona dan kami bersetuju, jikalau sekiranya anggota gereja dapat memberi penjelesan kepada kami tentang dilema hukum-hukum agama dan kutukan dengan penjelesan yang memuaskan, saya dan kawan saya akan memeluk agama Kristian. Sila nyatakan tempat dan tarikh perbahasan …"

(Hamba hina agama Islam)
(Umar Lahmi)

………….

Diringkaskan cerita, cadangan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan tempat perbahsan telah ditetepkan di Gereja Cordova pada pagi Ahad.

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A248475&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0bqe7wpRo

Pandai tetapi bodoh...

Di dalam kecerdikan dan kepandaian ada kebodohan
Yang tidak sepatut ada dan sangat ketara pula
Di masa ilmu banyak, ada imu yang lebih banyak tidak ada pada manusia
Ertinya manusia ini telah menjadi bodoh di dalam kepandaian
Maksudnya ciptaan Tuhan boleh diketahui oleh manusia
Pencipta ciptaan itu tidak diketahui
Iaitu Tuhan yang Maha Esa
Ini adalah aneh sekali
Bahan-bahan yang ada di dunia
Sama ada yang lahir mahupun yang tersembunyi dapat diketahui
Malang sekali pencipta bahan tidak ada yang ingin mengetahui
Manusia kagum dengan ciptaan Tuhan, tapi tidak kagum dengan Tuhan
Seperti kagum dengan sebuah kereta, tapi tidak kagum dengan perekanya
Manusia terpesona dan mabuk dengan ciptaan Tuhan
Tapi tidak terpesona dan mabuk dengan Tuhan
Pakar-pakar ciptaan Tuhan inilah yang dianggap ilmuannya
Dibagi ijazah dan degree serta berbagai-bagai gelaran
Dikagumi dan dihormati
Padahal mereka ini jahil terhadap Tuhan dan ilmu ketuhanan
Pada kita mereka inilah cerdik pandai yang bodoh
Ciptaan Tuhan diketahui, Tuhan Pencipta tidak diketahui
Cerdik tidak memberi erti apa-apa mengikut Islam
Kerana cerdiknya pada perkara yang tidak utama
Tapi yang dia bodoh pada perkara yang utama
Apalah yang hendak dikagumkan
Pakar pada perkara yang dapat disentuh dan dirasa
Tapi jahil perkara yang tidak dapat disentuh dan dirasa
Iaitu Tuhan yang Maha Esa
Itu bukanlah pandai yang luar biasa
Itu manusia biasa, yang tidak ada apa-apa istimewanya.

Surah al Mulk.

om